PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL 2014 – tarikh tutup 25 Disember 2013.

logo kpm

PERMOHONAN KE KOLEJ VOKASIONAL DAN
SEKOLAH MENENGAH TEKNIK
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Dato’/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik/Pelajar,

Sila klik ke pautan dibawah untuk memohon masuk ke Kolej Vokasional Setapak:

http://apps.moe.gov.my/esptv/kvsptv_2013/

Log-in menggunakan nombor mykad dan nombor angka giliran PMR anda.

  • TARIKH TUTUP ADALAH PADA 25 DISEMBER 2013.
  • SILA DAFTAR SECARA ON-LINE SEKARANG.
  • Rayuan hanya boleh dibuat jika anda pernah mendaftar secara online.
  • Jika anda TIDAK PERNAH mendaftar secara online, anda akan menghadapi masalah untuk membuat rayuan.
  • Sila mohon Kolej Vokasional yang berhampiran dengan tempat anda.
  • Kemudahan asrama kami AMAT terhad.
  • Terdapat kemudahan bas awam dan LRT yang berhampiran dengan sekolah kami iaitu LRT Wangsa Maju.

Syarat Umum Kemasukan:

i. Warganegara
ii. Tingkatan Tiga Tahun 2013
iii. Sihat dan Sesuai Fizikal
iv. Bebas daripada Penyakit Kronik

Apa kursus yang ditawarkan?

KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK menawarkan ALIRAN VOKASIONAL sahaja.

Aliran Vokasional yang ditawarkan terbahagi kepada 4 cabang iaitu:

1) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Kursus di dalam cabang ini ialah:
a) TEKNOLOGI ELEKTRIK.
b) TEKNOLOGI ELEKTRONIK.

2) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan.
Kursus di dalam cabang ini ialah:
a) PEMESINAN INDUSTRI.
b) TEKNOLOGI KIMPALAN.
c) TEKNOLOGI AUTOMOTIF.
d) TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA.

3) Teknologi Kejuruteraan Awam.
Kursus di dalam cabang ini ialah:
a) TEKNOLOGI PEMBINAAN.

4) Perniagaan.
Kursus di dalam cabang ini ialah:
a) PERAKAUNAN.

Secara khususnya Kolej Vokasional Setapak menawarkan 8 KURSUS seperti yang tertera di atas iaitu:

  • TEKNOLOGI ELEKTRIK.
  • TEKNOLOGI ELEKTRONIK.
  • PEMESINAN INDUSTRI.
  • TEKNOLOGI KIMPALAN.
  • TEKNOLOGI AUTOMOTIF.
  • TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA.
  • TEKNOLOGI PEMBINAAN.
  • PERAKAUNAN.

Kursus ditawarkan adalah sama dengan tahun 2013.

TARIKH TUTUP ADALAH PADA 25 DISEMBER 2013.

Frog-VLE

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Makluman kepada semua pensyarah, pautan untuk ke laman web Frog-VLE SMVSKL adalah seperti dibawah:

https://wha0002.1bestarinet.net

Sila klik link tersebut untuk menggunakan Frog-VLE.

Jika anda belum mengaktifkan kata laluan dan password, sila ke pautan dibawah:

  • http://www.yes.my
  • Kemudian, klik ACTIVATE NOW (ada di bahagian atas, kiri laman web tersebut).

1

  • Klik Activate my yes ID

2

  •  Masukkan ID Pengguna dan kata laluan pada kotak ‘1Bestarinet Yes ID’ dan ‘Password’ dan klik verify.

3

  • Isi ‘date of birth’, ‘gender’, ‘mobile number’, ‘address’, postcode, ‘city’. Kemudian tanda (/) pada ‘I verify that…’.
  • Klik ‘submit’.
  • (Nota: Jangan tukar ‘email address’, ‘confirm email address’. Untuk sementara waktu, jangan tukar ‘new password’).

4

Contoh panduan untuk menggunakan Frog-VLE:

  1. http://frogasia.com/learncentre/ <- Sumber yang komprehensif untuk belajar Frog-VLE
  2. http://frog-smkdbd.blogspot.com/
  3. http://www.youtube.com/watch?v=BrwLsguypGg
  4. http://www.youtube.com/channel/UCLCSK17gQhsdxtHBShjtpHg?feature=watch
  5. http://www.youtube.com/user/fieymil?feature=watch
  6. http://skseriampang.net/frog/Trainers-Guide-v2.1-Updates-Only.pdf
  7. http://www.slideshare.net/MizMalinz/panduan-membuat-site-di-vle-frog-menggunakan-frogstore
  8. http://1bestarinet.net/?page_id=21

SEBUT HARGA PERALATAN BENGKEL AUTOMOTIF

Kepada Yang Berkenaan

Pelawaan adalah dipanjangkan untuk syarikat-syarikat/pembekal yang berminat untuk menyertai:

SEBUT HARGA BAGI MEMBEKAL, MENGHANTAR, MEMASANG DAN MENGUJI (DI MANA BERKENAAN) PERALATAN PROJEK CONVERSION SMV KE KV DI SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) TAHUN 2013

untuk:

BENGKEL AUTOMOTIF

di

SEKOLAH MENENGAH VOKASIONAL SETAPAK, KUALA LUMPUR.

Sekian, Terima kasih.

RUSLAN BIN ZAINUDIN

Pengetua

SMVSKL

4.9.2013

________________________________________________________________

Pautan muat turun dokumen-dokumen yang berkaitan:-

1) Dokumen Sebut Harga

2) Lampiran A – Keterangan Mengenai Penyebut Harga

3) Lampiran B – Keterangan Mengenai Kewangan Penyebut Harga

4) Lampiran C – Surat Akuan Penyebut Harga

5) Lampiran D – Surat Akuan Pembida

6) Lampiran E – Surat Perwakilan Kuasa

7) Lampiran F – Jadual Harga AUTO TAMBAHAN

8) Lampiran G – Jadual Spesifikasi Automotif TAMBAHAN

9) Lampiran H – Pengalaman Syarikat

10) Lampiran Q

* Terdapat 10 dokumen untuk dimuat-turun

________________________________________________________________

Kursus ditawarkan di KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK TAHUN 2013

Kolej Vokasional secara amnya menawarkan 2 aliran iaitu:
A) Aliran Teknikal.
B) Aliran Vokasional.

KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK menawarkan ALIRAN VOKASIONAL sahaja.

Aliran Vokasional yang ditawarkan terbahagi kepada 4 cabang iaitu:

1) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Kursus di dalam cabang ini ialah:
a) TEKNOLOGI ELEKTRIK.
b) TEKNOLOGI ELEKTRONIK.

2) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan.
Kursus di dalam cabang ini ialah:
a) PEMESINAN INDUSTRI.
b) TEKNOLOGI KIMPALAN.
c) TEKNOLOGI AUTOMOTIF.
d) TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA.

3) Teknologi Kejuruteraan Awam.
Kursus di dalam cabang ini ialah:
a) TEKNOLOGI PEMBINAAN.

4) Perniagaan.
Kursus di dalam cabang ini ialah:
a) PERAKAUNAN.

Secara khususnya Kolej Vokasional Setapak menawarkan 8 KURSUS seperti yang tertera di atas iaitu:

  • TEKNOLOGI ELEKTRIK.
  • TEKNOLOGI ELEKTRONIK.
  • PEMESINAN INDUSTRI.
  • TEKNOLOGI KIMPALAN.
  • TEKNOLOGI AUTOMOTIF.
  • TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA.
  • TEKNOLOGI PEMBINAAN.
  • PERAKAUNAN.

Jika anda berminat dengan kursus-kursus lain, anda perlu memohon dari 90 lagi institusi yang menawarkan kursus-kursus lain. Institusi-institusi yang dimaksudkan adalah Kolej Vokasional yang lain, beberapa Sekolah Menengah Teknik, MIT (Malaysian Institute of Technology Academy) dan juga MATA.

Anda boleh mendapatkan senarai lengkap kursus-kursus yang ada seperti:
5 kursus Aliran Teknikal,
8 Aliran Vokasional yang menawarkan 38 kursus-kursus menarik yang telah dikelaskan kepada 8 cabang seperti berikut:

5 Kursus Aliran Teknikal:

Kejuruteraan Mekanikal
Kejuruteraan Awam,
Kejuruteraan Elektrik,
Sains Pertanian,
Perdagangan.

38 Kursus Aliran Vokasional:

Teknologi Elektrik,
Teknologi Elektronik,
Teknologi Mekatronik,
Pemesinan Industri,
Teknologi Kimpalan,
Teknologi Automotif,
Teknologi Penyejukbekuan & Penyamanan Udara,
Pembuatan Peralatan – Metal Stamping Die,
Pembuatan Peralatan – Mould,
Teknlogi Pembinaan,
Penyelengaraan Pesawat,
Seni Kulinari,
Bakeri dan Konfeksionari,
Fesyen dan Pembuatan Pakaian,
Kosmetologi,
Perkhidmatan Asuhan Kanak-Kanak,
Pelancongan,
Pengurusan Perniagaan,
Kesetiausahaan Pentadbiran,
Perbankan,
Insuran,
Pemasaran,
Pengurusan Peruncitan,
Perakaunan,
Sistem Komputer & Rangkaian,
Multimedia dalam Pengiklanan,
Sistem Pengurusan Pangkalan Data dan Aplikasi Web,
Agroindustri Tanaman,
Agroindustri Ternakan Ruminan,
Agroindustri Ternakan Poultri,
Mekanisasi Agro,
Herba,
Bioteknologi,
Akuakultur,
Holtikultur Hiasan,
Landskap,
Pemerosesan Hasil Pertanian,
Florikultur.

Dapatkan senarai lengkap dari Portal Rasmi Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional dengan mengunjungi alamat ini:

http://apps.moe.gov.my/esptv/2012_mohon/KV_Offer2013.pdf

Pastikan anda menggunakan Pelayar Web Internet Explorer. Download fail yang anda dapat lihat dan gunalah program Adobe Reader atau apa-apa program untuk melihat fail berbentuk pdf dengan lebih jelas.

Mohonlah segera jika anda berminat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan di KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK, sila hubungi kami di talian 03-4149 5578

Syarat-syarat kemasukan boleh dibaca di sini.

Ada laman web yang menerangkan perbezaan antara Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik. Dibincangkan juga Kurikulum Kolej Vokasional; Perbezaan antara Kolej Vokasional, Bidang Teknik, Bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran; Senarai Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik di Malaysia; Sistem Semester Kolej Vokasional; Kelayakan memohon Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, Bidang Vokasional dan latihan Kemahiran; dan Lepasan Kolej Vokasional tiada SPM, bolehkah sambung pengajian ke IPTA/S? Baca di sini. Kredit kepada pencipta laman web tersebut.

Apakah itu 5S?

Apa Itu 5S?

Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke adalah perkataan Jepun yang membawa maksud Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Praktik ini diringkaskan menjadi 5S agar ia lebih mudah disebut dan seringkas penggunaannya. Walaupun ringkas, manfaat dari hasil penggunaannya terserlah dengan gaya kerja yang sistematik. Bermula dengan aktiviti 5S dan seterusnya mengamalkannya dengan penggunaan kaedah dan teknik kawalan kualiti, sesebuah organisasi akan mampu mengekal, menambahbaik dan meningkatkan kualiti kerja.

Sisih (Seiri)

Sisih atau mengasing adalah satu proses kerja mengasing barangan yang perlu daripada sekumpulan barangan yang tidak diperlukan di tempat kerja. Ia adalah proses menentukan barang-barang atau peralatan yang diperlukan atau tidak diperlukan. Proses pengasingan ini membantu dalam menentukan barangan yang mungkin tidak diperlukan sekarang tapi boleh digunakan pada masa hadapan dan peralatan haruslah disimpan di tempat simpanan yang sesuai.

Susun (Seiton)

Menyusun dan melabel dilakukan setelah kesemua barangan yang tidak diperlukan diasingkan. Ini dilakukan bertujuan memudahkan penggunaan dan penyimpanan. Susunan barangan dilakukan mengikut kumpulan yang sama. Dengan berbuat demikian, ia akan membantu mempercepatkan proses kerja bagi mendapatkan barang tersebut apabila diperlukan kelak. Tujuan utama menyusun untuk menjimatkan ruang nampak lebih kemas dan teratur dan memudahkan proses mencari pada masa akan datang.

Sapu (Seiso)

Kebanyakan pekerja akan merasa lebih selesa apabila bekerja dalam persekitaran yang bersih dan segar. Selain dari meningkatkan efisien kerja, menyapu juga boleh mempertingkatkan tahap keselamatan di tempat kerja dan peralatan yang digunakan. Ia bertujuan untuk menghilangkan habuk atau kekotoran yang melekat di lantai, mesin di tempat kerja atau barang-barang yang telah disisih dan disusun. Satu senarai semak hendaklah diletakkan untuk menjadi panduan kepada pekerja tentang apa yang harus dilakukan pada masa akan datang dalam aktiviti ini.

Seragam (Seiketsu)

Seragam hanya dapat dilakukan setelah aktiviti sisih, susun, dan sapu telah disempurnakan. Seragam atau mengekalkan kebersihan tempat kerja pada tahap asal adalah penting agar segala usaha yang dilakukan dalam tiga aktiviti terdahulu tidak menjadi sia-sia. Aktiviti yang dilakukan sendiri oleh kakitangan akan menyemai sifat kekitaan dan cintakan kebersihan di tempat kerja. Justeru, kakitangan akan sentiasa memastikan dan mengekalkan kebersihan tempat kerja mereka.

Sentiasa Amalkan (Shitsuke)

Setiap pekerja perlu faham, patuh, berusaha dan mengamalkan penjagaan kebersihan organisasi serta tempat kerja. Amalan kebersihan memang dituntut oleh semua masyarakat dan juga agama. Walau apa pun situasi kita, memang tidak dapat dinafikan amalan kebersihan merupakan titik tolak untuk menjelmakan peribadi yang mulia. Amalan ini dapat disemai dalam diri individu dengan memberi tunjuk ajar menerusi program latihan secara berkala dan mengamalkan budaya nasihat-menasihati.

Kerja² 5S

Terima kasih kepada Pengawas ICT 2012.

Bersama² kita pastikan kerja² 5S berjalan lancar hinggalah kita mendapat sijil.

 

Senarai Kerja:

1) Siapkan papan kenyataan biru (3 tempat)

2) gunting, laminate, gunting, tampal

3) kemaskan makmal² dam pusat akses.

Selamat Datang.

Selamat datang ke laman web rasmi Sekolah Menengah Vokasional Setapak.

Kami menggunakan alamat kvsetapak kerana pada tahun hadapan, sekolah ini akan dinaik-tarafkan menjadi Kolej Vokasional.

Laman web ini akan memuatkan info seperti sejarah sekolah, nombor untuk dihubungi, berita² terkini, kalendar takwim, cara bagaimana anda hendak mendaftar masuk dan belajar di sini, maklumat berkenaan keputusan peperiksaan anda, maklumat e-disiplin dan sebagainya.

Pastikan anda mengunjungi laman web ini pada masa akan datang.

Kami akan memuatkan juga artikel² yang bermanafaat seperti info ICT, teknik belajar, nota², contoh soalan, alumni dan hala-tuju kerjaya anda di masa hadapan.

Terima kasih.