Permohonan kemasukan tahun 2015

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung laman web KV Setapak.

Anda boleh mendaftar ke mana-mana Kolej Vokasional TERDEKAT dengan rumah anda sekarang.

Iklan telahpun keluar pada 2 November di akhbar.

PENDAFTARAN ONLINE BERMULA 3 November hingga 14 Disember 2014 sahaja.

Klik link berikut: http://apps5.moe.gov.my/sptv/kvsmt_2015/

Jika ibu bapa / penjaga / anda sendiri telah mendaftar, maklumat boleh DIUBAH / DITUKAR selagi pendaftaran belum tutup.

Tak perlu masukkan maklumat PT3.

Ibu bapa / penjaga perlu mendapatkan info yang penuh daripada anak anda jika anak mendaftar sendiri. Dicadangkan anda berada bersama sewaktu mendaftar untuk mengelakkan sebarang kekeliruan.

Semak tawaran online dari 1 hingga 11 Januari 2015. Kemasukan adalah pada 12 Januari 2015.

RAYUAN bermula 13 Januari hingga 28 Februari 2015.

Ibu bapa / penjaga / pelajar yang dihormati, sewaktu mengisi permohonan online anda pilih NEGERI dan Kolej Vokasional terdekat.

Hubungi kolej melalui talian 0341495578 fax 0341494899 untuk maklumat lanjut.

Kolej Vokasional Setapak mengalu-alukan kedatangan anda. Program-program yang kami tawarkan adalah sebanyak 8 program iaitu:
1)Teknologi Automotif
2)Teknologi Pembinaan
3)Teknologi Elektrik
4)Teknologi Elektronik
5)Teknologi Kimpalan
6)Teknologi Mekanik Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara
7)Teknologi Pemesinan Industri
8)Perakaunan

Jika anda berminat dengan Kulinari, Masakan, Fesyen ia ditawarkan di Kolej Vokasional ERT Setapak. Semua maklumat lengkap Program dapat anda lihat sewaktu mengisi borang on-line.

Jika ibu bapa / penjaga tidak pasti bagaimana untuk mengisi borang on-line atau tidak pasti status permohonan, datanglah sahaja ke Kolej Vokasional Setapak yang terletak berhampiran JPJ Setapak dan Puspakom Setapak.

Terima kasih.

Maklumat akan dikemaskini dari masa ke masa.

6 thoughts on “Permohonan kemasukan tahun 2015

  1. Nurul Izzah Bt Abd Razak

    Assalamualaikum Saya sedih sgt sya masih berharap yang sya boleh di terima di kv setapak.sya dh buat permohonan yg pertama tapi gagal saya ingin cuba lagi utk kali kedua dgn membuat rayuan permohonan utk kemasukan kv 2015.saya nk ambil bidang fasion desingner,dgn Bakeri pastri atau pun Ert.Sya harap jasa baik puan,tuan dpat menerima sya.

    1. wa’alaikumsalam.
      maaf dengan kelewatan ini.
      untuk kursus yang dipohon oleh Cik Nurul adalah di KV ERT Setapak.
      bukan di KV Setapak. 2 kolej vokasional yang berbeza. harap maklum.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s