Kursus Yang Ditawarkan Di KV Setapak

1045000_178626798979908_779279063_n.jpg

Kolej Vokasional secara amnya menawarkan 2 aliran iaitu:
A) Aliran Teknikal.
B) Aliran Vokasional.

KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK menawarkan ALIRAN VOKASIONAL sahaja.

Aliran Vokasional yang ditawarkan terbahagi kepada 4 cabang iaitu:

1) Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik.
Kursus di dalam cabang ini ialah:
a) TEKNOLOGI ELEKTRIK.
b) TEKNOLOGI ELEKTRONIK.

2) Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan.
Kursus di dalam cabang ini ialah:
a) TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI.
b) TEKNOLOGI KIMPALAN.
c) TEKNOLOGI AUTOMOTIF.
d) TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA.

3) Teknologi Kejuruteraan Awam.
Kursus di dalam cabang ini ialah:
a) TEKNOLOGI PEMBINAAN.

4) Perniagaan.
Kursus di dalam cabang ini ialah:
a) PERAKAUNAN.

Secara khususnya Kolej Vokasional Setapak menawarkan 8 KURSUS seperti yang tertera di bawah iaitu:

  • TEKNOLOGI ELEKTRIK.
  • TEKNOLOGI ELEKTRONIK.
  • TEKNOLOGI PEMESINAN INDUSTRI.
  • TEKNOLOGI KIMPALAN.
  • TEKNOLOGI AUTOMOTIF.
  • TEKNOLOGI PENYEJUKBEKUAN & PENYAMANAN UDARA.
  • TEKNOLOGI PEMBINAAN.
  • PERAKAUNAN.

GDFDSF.png

Mohonlah segera jika anda berminat. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan kursus-kursus yang ditawarkan di KOLEJ VOKASIONAL SETAPAK, sila hubungi kami di talian 03-4149 5578

Ada laman web yang menerangkan perbezaan antara Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik. Dibincangkan juga Kurikulum Kolej Vokasional; Perbezaan antara Kolej Vokasional, Bidang Teknik, Bidang Vokasional dan Latihan Kemahiran; Senarai Kolej Vokasional dan Sekolah Teknik di Malaysia; Sistem Semester Kolej Vokasional; Kelayakan memohon Kolej Vokasional, Sekolah Menengah Teknik, Bidang Vokasional dan latihan Kemahiran; dan Lepasan Kolej Vokasional tiada SPM, bolehkah sambung pengajian ke IPTA/S? Baca di sini. Kredit kepada pencipta laman web tersebut.

10 comments on “Kursus Yang Ditawarkan Di KV Setapak

    • KV Setapak hanya menyediakan aliran vokasional (4Tahun) sahaja..
      2Tahun pertama Sijil Vokasional Malaysia(SVM) dan
      2Tahun kedua Diploma Vokasional Malaysia(DVM).
      Tiada lagi kursus yang ditawarkan bagi Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional(SPMV).
      Terima kasih.

Leave a comment